SWEET

your profile goes here.

CHEERS

tag-board/cbox code

THOSE SWEET DAYS

July 2006


CHEMICALS

Cikgu Mardiana Nazri Roslan

THANKS

layout by anne

Friday, July 28, 2006

Pada pendapat saya,remaja menyalah-gunakan blog kerana mereka tidak fikir sebelum melakukan sesuatu.Terutama sekali,kebanyakan remaja cuai dalam ruangan sembang.Mereka senang terpengaruh dengan orang yang mereka bersembang.Ramai yang mengatakan bahawa,remaja yang bersembang di ruangan sembang,sering ingin bertemu dengan orang yang mereka bersembang.Blog pula,ada remaja yang bertanggung jawab dengan menggunakan blog denagn cermat.Ada pula yang menyalah gunakan blog seperti topik yang kita telah bincangkan dahulu.Mereka mengadakan blog sebagai,ruangan untuk menyakiti hati orang lain,berbincang tentang perkauman dan banyak lagi.Seperti yang telah saya katakan,blog haruslah digunakan sebagai satu ruangan untuk meluaskan perasaan kita,jika kita bersedih atau selanjutnya.Jika remaja ingin menjadi seorang pengguna siber yang berhemah tinggi,haruslah berfikir terlebih dahulu sebelum membuat sesuatu di dalam ruangan siber.Mereka haruslah juga berfikiran matang supaya mereka tidak cuai atau terpengaruh oleh sesiapa pun di ruangan siber.Saya tidak membayangkan hidup tanpa kehadiran internet.Internet sungguhlah penting dalam hidup saya untuk melakukan sesuatu seperti membuat kajian,projek dan banyak lagi perkara-perkara yang lain.Demi itu,saya tidak dapat bayangkan hidup tanpa hadirnya internet.


12:00 AM

Thursday, July 20, 2006

Ya saya percaya bahawa ia wujud di sekolah saya kerana saya terdengar ada seseorang dari sekolah ini dibulu oleh rakan sedearjahnya sendiri.Lima pembuli itu mengangkat mangsa buli dan memesukkannya di dalam tong sampah di luar kelas mereka.Pada pendapat saya sesetengah remaja itu dibuli kerana watak atau penampilannya yang kelihatan sperti orang bodoh.Mungkin juga remaja yang dibuli itu,dibuli kerana pembulinya itu cemburu kerana mangsa buli itu selalu di puji atau disayangi guru.Remaja yang di buli akan diejek,dipukul atau apa-apa saja yang boleh membuat remaja yang dibuli itu cedera atau nangis,lalu si pembuli akan mempertawakan mangsa buli.Si pembuli pula akan di hukum guru atau guru besar kerana kelakuan mereka.Mereka di hukum mungkin kerana ada saksi yang melihat perbuatan mereka lalu mengadukan kepada guru atau guru besar.Buat saya,saya tidak pernah dibuli.Yang pernah membuli saya ialah mak cik saya sendiri.Tetapi mak cik hanya main-main sahaja.Dia akan menyuruh saya membuat sesuatu jika saya yang membuli anaknya.Pembulian ini tidak harus diadakan di negeri ini dan kerajaan harus mencegahnya.


10:45 PM

Sunday, July 16, 2006

Pada pendapat saya,pencampuran dalam golongan remaja-remaja nakal yang mendorong seseorang remaja itu untuk memasang tatu di tubuh mereka.

Akibat daripada perkara ini,satunya mereka telah menconteng arang ke muka ibu bapa mereka,tentulah mereka akan malu,kedua,memasang tatu di mana-mana pun anggota di badan kita,telah di haramkan pada orang islam,namun ramai yang masih berdegil.

Pada pendapat saya,pihak berkuasa telah membuat remaja insaf dan mahu berubah sikap.Remaja yang memasang tatu tidak kisah akan kesakitan apabila mereka mahu menghilangkan tatu di tubuh mereka.Ini juga membuat remaja mahu memasang tatu kerana mereka tahu bahawa tatu boleh dihilangkan walaupun ia sakit.


Jika saya mempunyai teman yang bermasalah sedemikian,saya akan menyuruhnya untuk sedar dan insaf,dan kembalilah ke jalan yang betul.Saya juga akan menasihatinya untuk membuat rawatan laser.Dia haruslan tahan sakit untuk menebus kebodohannya itu.Taatlah kepada agama dan janganlah menconteng arang ke muka kedua ibu bapa kita.


12:50 AM

Tuesday, July 04, 2006

Pada pendapat saya,perkara ini tidak harus dilakukan.Bagi saya,blog adalah tempat untuk kita meluahkan perasaan,bukan untuk kita memberi komen-komen nagatif tentang perkauman.Memang haruslah mereka yang membuat perkara ini diberi tindakan undang-undang,tidak haruslah kita memperbualkan unsur-unsur nagativ tentang kaum lain apatah lagi tentang guru sekolah.

Remaja-remaja haruslah mengetahui etika-etika menulis blog,supaya mereka tidak membuet komen-komen negatif tentang perkauman,guru mahupun kawan.Remaja juga harus mengetahui bahawa blog ini adalah tempat yang sesuai untuk kita meluaskan perasaan kita.Janganlah kita membuang waktu,dengan memperbualkan isu-isu atau unsur-unsur nagatif.Mereka sepatutnya menggunakan blog untuk meluahkan perasaan mereka.

Akibatnya apabila kita tidak berwaspada,orang-orang yang tidak menyukai kita akan memperbualkan perkara-perkara buruk tentang kita.Jadi wajiblah kalau kita berwaspada supaya kita tidak diperbualkan perkara buruk oleh orang lain.Haruslah kita berwaspada.

Sebagai seorang pelajar,saya akan mengunakan blog sebagai tempat untuk saya meluahkan perasaan dan saya tidak akan memperbualkan seuatu yang buruk tentang perkauman mahupun tetang orang lain.Saya akan meggunakan blog dengan baik dan tidak akan menyiggung perasaan mana-mana pihak.Oleh itu,kita haruslah selalu
berwaspada supaya orang tidak memperbualkan sesuatu yang buruk tentang kita.


2:11 AM

<body>